Sessi photoshoot kali ini di perkarangan Gua Kek Look Tong yang mana sessi kali ini adalah sessi outdoor untuk pre wedding adik ipar aku, tambahan pula hari tersebut adalah cuti hari pekerja dan aku pula ada masa terluang untuk photoshoot kali ini . Cikgu Zool (zool X) juga turut serta dalam sessi photoshoot ni.
Aku , cikgu zul , fahmi , acu boy dan ramai lagi kenkawan memula kan sessi fotografi di kelly's castle lagi. Bagi kami berempat, kali ini adalah sambungan dari minggu sebelumnya iaitu objektifnya untuk improve kan lagi teknik teknik yang berkaitan fotografi dan gambar.
Untuk eksplorasi kali ini memang agak meriah dan memberansangkan dah macam gathering plak rasanya sebabnya ramai kengkawan hadir dari segenap pelusuk di Ipoh ni dan terima kasih kepada Ayu dan dua kawan beliau kerana sudi bekerjasama dengan kami untuk menjayakan sessi kali ini.
Hari Sabtu 12/04/2008 jam 9.00 pagi mr zoolX kutip aku kat rumah meneruskan eksplorasi seni fotografi di istana kelly. Aku , fahmi , zool , acu boy cuba mendalami ilmu komposisi dan juga cls tapi malangnya modelnya shy shy cat... (apa raaa) maka terpaksa begilir diantara kalangan kami menjadi model terjun..... kui kui kui .....
About Me
- zulharun
- aku mula berkecimpung kedalam arena seni fotografi ini sejak kawan kawan seperjuangan memperkenalkan aku dengan kamera yang mana aku juga telah sekian lama meminati seni fotografi ini. Aku seorang insan baru didalam arena seni fotografi ini yang mana aku ingin mempelajari dan mendalami hasil karya seni fotografi. Oleh itu, untuk aku lebih mendalami seni ini,aku mengharapkan kengkawan dapat mengajar , menilai dan memberikan sokongan serta kritikan yang membina.